Sunday, February 12, 2012

baik sangat ke???

kadang-kadang kita menjadi sangat teruja melihat perempuan yang baik, cantik malah bertudung... dan adakala kita sangat memandang rendah pada perempuan yang kasar, agak mengada-ngada dan tidak bertudung... tapi benarkah kita mampu menilai siapa yang benar-benar baik... kadang-kadang orang suka pakai topeng kerana dia suka orang lihat dia cantik, baik... tapi hatinya???
saya juga bertudung... entri nih bukan nak blame isu tudung atau tidak... tapi saya jadi terfikir tentang baik sangat ke kita untuk menilai baik buruk orang lain... dalam 10 orang bukan semua suka pada kita... mungkin ada yang x suka... kadang-kadang bila x suka, yang putih pon nampak hitamkan??? biasa la... itu fitrah manusia... 
jadi haruslah kita sama-sama berfikr dan bemuhasabah tentang diri kita... adakah benar2 kita baik untuk menilai orang lain jahat... adaah kita benar2 wangi untuk menyatakan orang lain busuk... berprasangka baik itu x pernah merugikan... malah kita juga mendapat kebaikan...

jagalah hati kita kerana di situ adanya emosi... kawallah emosi kerana dialah permaisuri hati... jika disitu tak tenteram bagaimana raja harus buat tindakan... tidakkah akan jadi kacau bilau???

p/s::: tadi tengok ijam non yankee... dalam kepala terfikir-fikir... bagus sangat ke watak lin tu??? solat, pakai tudung tapi boleh plak peluk2 dengan lelaki yang bukan muhrim, mana letaknya maruah diri???
jahat sangat ke perempuan x bertudung tu??? sudahlah x bertudung solat pula liat... hurm... ntahlah... kita boleh menonton, kita boleh berfikir, kita juga mampu menilai... yang baik ambil sebagai contoh, yang buruk jangan k... 

(entri nih sebenarnya sekadar apa yang keluar dari pemikiran... yang baik sama2 kita kongsikan k...:)

4 comments:

Cikgu Ma said...

tak bertdung, pasti "jahat" kerana tak menutup aurat jika dia seorang muslim...bertudung ti kalau maruah tak dipelihara sebagaimana auratnya, sama seperti yang tidak menutup aurat...

Zul fattah said...

aku suka tengok wanita yg berpurdah.. nampak misteri je.. aku suka.. tp baik buruk manusia ni, kita tak tahu.. sebab ianya datang dr hati

KuNanGKuNanG said...

kte xleh la menilai dari luaran shj...:)

Ca Ezah said...

ca pon tgok citer tu.ca rasa director da salah cipta watak lin tu..kan merosakkan pndgn org terhadap pompuan bertudung..kn,kn?