Monday, September 19, 2011

sakit bila memandang kepura-puraan

dalam kehidupan ada banyak perkara yang kadang2 kita terlepas pandang, ada banyak perkara yang sering kita selalu titik beratkan... begitupon... hidup ini ada banyak ruang.. yang adakala kita merasakan sangat sempit  hingga kaku untuk bernafas... begitu sulit kehidupan apabila kita gagal melihat apa yang jelas terbentang di depan mata... tapi sering terpandang apa yang sangat kecil dalam penglihatan... 

kadang2 naluri memberontak sakit bila disakiti dik mata yang terpandang.. kadang2 hati meraung kesal bila terlihat apa yang terbentang di depan mata... kadang2 hati menangis sendirian bila termenung mengenangkan apa yang mata renungkan... sangat kacau jiwa, tak tenteram hati malah tiada rasa bahagia... bila detiknya hati beraja dalam jiwa.. bila detiknya hati bertaktha dalam sanubari... matakah yang salah??? atau hati yang terlalu remeh berperasaan... hurm~~~

kadang2 aku rasa hidup ini sangat sempit untuk terus dilalui... sangat sempit untuk terus dihiasi.. sangat sempit untuk terus menari... aku merasakan hidup sangat kecil untuk aku terus berlari.. kadang2 bila nafas berombak aku mula kaku dalam imiginasiku.. aku mula menangis dalam airmata sanubariku.. jiwaku akan mula meraung mencari ketenangan... kerana hidup itu sangat sedih, sepi, dan sempit pada pemikiran ku...

adakala... bila aku renung jauh disudut hati, aku tutup mata yang berkaca.. aku renung dengan mata yang terbuka... aku tafsir terus kepelusuk jiwa... mengapa harus aku jatuh untuk sesuatu yang kecil... sesuatu yang hanya lah sekadar hampas dalam hidup ku... kehidupan ini bukan untuk merenung diri yang malang... mencari hidup yang walang.. tapi hidup adalah untuk terus mencari sebuah perjuangan... mencari bekalan di persinggahan... dan meneruskan apa yang telah di tulis dan ditakdirkan oleh Tuhan maha Kuasa... Allah S.W.T...

kehidupan bukan untuk mereka yang membuat hati terguris.. bukan untuk mereka yang berlakon sempurna dalam segalanya.. bukan untuk mereka yang sekadar ingin bergembira bersama, tapi hilang bila tak perlu dan tiada guna.. bukan untuk mereka yang x pandai menghargai... bukan jua untuk mereka yang berlagak bergaya... kehidupan aku untuk apa yang telah Allah tetapkan, Allah takdirkan dan Allah ciptakan... bukan bermakna aku lemah tika hati aku mentafsir kekecewaan, malah aku kian kuat dalam menentang segala perlakuan... aku menerima sahabat dari erti kata seorang teman dan rakan.. aku menerima sahabat.. dari erti kata sebuah pergaulan.. dan aku menerima sahabat darikehadiran.. bukan untuk aku terus kecewa.. terus terluka.. dan sakit pada mata dan rasa...

hurm~~~ mungkin mereka x terpandang apa yang aku pandang.. x terlihat apa yang aku lihat... sebab dalam kehidupan aku... aku hanya ingin sebuah kedamaian.. ketenangan.. dan kebahagiaan... bukan segala kekecewaan.. dan kedukacitaan... semoga aku terus kuat dan tabah mengharungi kehidupan di dalam dunia yang penuh lakonan... dan ramai yang selalu hidup dalam kepura-puraan... kalau seorang pelakon menjadi pelakon terbaik di layar... mungkin dia juga bukan lah pelakon terbaik dalam kehidupan... jadi setiap manusia itu penuh dengan lakonan.. hingga akhirnya yang terpancar sekadar sebuah kepura-puraan..hurm~~~

9 comments:

3no gr33ny said...

kita mmg dilahirkan xsempurna..
terkadang perlu juga berpura agar tiada yang tersinggung..
terkadang perlu berpura supaya tiada yang berprasangka
dan paling perit bila perlu berpura seperti tersangat bahagia...
walau hidup kita diwarnai kepuraan...biarlah orang mahu mengata atau mencerca..hanya kita yang kenal akan diri kita..

Anisa Anuar said...

penat jugak hidup kepura-puraan...

ZWAN SABRI said...

Tula pasai.. mmg benci manusia yang suka berpura pura.. tp nak bwat camna, dunia ni kan ibarat pentas lakonan.. jadi para pelakonnya harusla berpura pura kann demi nak menjayakan watak yang depa bawak.. HUHU


MySuaraBlog: Open Mindedla Sikit Derr!

arituarini said...

memang penat... sebab kejap2 kena tukar perwatakan..pas tu banyak alasan..

Unknown said...

dlm hidup ni mmg penuh dgn kepura-puraan...

Nasz said...

manusia ni ada macam-macam ragam. tapi memang penat melayan orang yang selalu berpura-pura ni.

MOHD NASER.com

irwanmiswan said...

benci dengan mereka yang suka berpura-pura

skodeng sini...
ayat rahsia mengurat kini DIDEDAHKAN
RAHSIA disebalik tangga!!!

Ce'gu JAERA said...

hidup perlu diteruskan walau apa pun terjadi.. kecuali laa kematian menjemput kita... semoga tabah melaluinya yaa

Salam fren, lama tak singgah sini.. Hadapi Semua Dengan Senyuman ye.

Rean said...

kepura-puraan tu mmg menyakitkan..