Friday, August 19, 2011

kejatuhan itu menyakitkan

kadang2 kita selesa berada di atas...
menggunung cita2 apabila selalu berada di atas...
seringkali kita mula merasakan selesa..
kita dihanyutkan rasa indah dalam kemegahan..
kita tak pernah membayangkan kekecewaan..
kita terus mendabik dada mendongak ke langit...
sampai satu masa...

kita jatuh...
kita mula merasakan kesakitan...
pedih sangat2.. dan kala itu timbul la rasa kecewa yang tiada tandingan...
apa sahaja seorang yang berfikiran waras mampu berfikir???
dia kecewa.. dia kini dibebani satu bencana..
kerana mendabik dada ke langit..
dia mula malu dengan orang sekelilingnya..
akhirnya... dia hancur kerana kejatuhan setelah 'berdiri'..

sakit.. sakit sangat kejatuhan itu tidak terperi...
rasa sudah mati semua hari..
semuanya suram...
sukar dimengerti dan payah untuk diwarnai..
kelam lah hidup insan ini...
dia jatuh setelah tegak 'berdiri'
dia jatuh kerana kesilapan sendiri...
sakitnya tiada terperi..

tunduk la melihat bumi..
tika kita ada pada tahap paling tinggi,
sesungguhnya kita bukan selalu di atas...
janji Tuhan itu pasti..
dan tiada apa yang kita miliki.. hanya milik Dia... 
jadilah terus seperti padi...
dan impikan lah terus setinggi bulan dan mentari...
kerana tika kita jatuh...
kita masih pegang pada sebuah harga diri..:)

10 comments:

Ce'gu JAERA said...

itu lah roda kehidupan yang menyeru kepada kita agar tidak terlalu ego dengan diri. kadang2 kita di atas, kadang2 kita d bawah..

bila d bawah, x beerti kita terus berputus asa.. sama2 lah kita berusaha untk bangkit kembali...

sHy said...

dalam kehidupan kita memang tak akan selalu di atas....terimalah dengan sabar

Kancil 8349 said...

bila kita berjalan...kita berada di atas...suatu ketika, kita akan jatuh sebab terlanggar benda yang menyebabkan kita jatuh...tetapi kita bangkit sendiri untuk meneruskan perjalanan kita...tak kan kita nak terbaring tanpa bangkit semula...lainlah kalau nyawa sudah tercabut

Anisa Anuar said...

dengan kejatuhan....kita akan lebih berjaga-jaga di masa akan datang

Ezad Skytech said...

hidup ni ada pasang surutnya..kdg2 kita diatas..kdg2 kita dibawah..

Anonymous said...

cpt2lah kita bangun dgn semangat yg membara saat kita kejatuhan...hihihi

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
sebenarnya jatuh sekali dua itu amaran dari tuhan..seandainya kita ambil sebagai tauladan/pengsjsrsn insyak allah..kita akan sentiasa beringat..

Abg Ijal said...

Lumrah hidup yang sempurna memang begitu. Ada masa dapat merasa di atas, tiba masa kita di bawah. Bila di atas jangan cepat lupa diri. bila di bawah sentiasa muhasabah diri.

Hidup mesti ceria!!

arituarini said...

tu tak mau letk harapan tinggi sgt.nnt jatuh sakit oo..

Kyra said...

kalau kita kat bawah jangan berhenti berusaha untuk naik ke atas.
kalau kita ada kat atas jangan sesekali lupa kita harus pandang ke bawah.
nice sangatttttt. (: