Monday, August 8, 2011

kau sakit ke hati???

selamat berpuasa dan salam ramadhan

hati, kenapa???
adakala hati ini berbunga gembira,
adakala hati ini bergetar kecewa,
adakala juga hati ini tersekat hiba...

hati,
kau bukan sekadar untuk aku tersenyum bahagia,
kau sebenarnya sangat membantu aku di kala duka,
sebelum titisan aimata pertama,
kau, hatilah yang dulu meruntun jiwa...

setiap kali air mata aku aku bergelora,
setiap kali itulah hati aku umpama tersekat,
umpama direntap, 
dan di goyang hinggah meruntuhkan setiap linangan yang bergenang.

hati,
jauhkanlah dari hasad dan dengki,
jauhkanlah dari rasa kecewa yang hanya menyakiti
jauhkanlah dari rasa sakit angkara cemburu mencemburui...
sakit hati yang begini, memang sering mati....

p/s::: tadi aku tersenyum gembira, sekarang, aku mula ketawa, tapi entah mengapa, tiba2 bergenang air mata lalu jiwa ku menjadi hiba... kenapakah hati ini???

8 comments:

NasZ said...

kesian kat hati awak..

MOHD NASER.com

yusuf Laili said...

Selamat berpuasa;
entahlah..mungkin ada sesuatu yg kita fikir bila tiba je ramadhan..sesuatu yg kita simpan dlm hati selama ini tak tak tahu nak luahkan pada siapa..mungkin..

aimie amalina said...

hati-hati itu cepat berubah kan
selalu bermohon supaya
hati x dbolak balikkan =)

p/s: jgn sedih2 ye pose ni!
chiiilll!

Cik Bell said...

hati adalah tempat yg pling sensitif.huhu

Kancil 8349 said...

Semaikan hati dengan nilai2 murni...

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

Biasalah tu..kita ni kan manusia ada mcm2 perasaan,kdg perasaan sdri pun ada masanya sukar di telah.

KuNanGKuNanG said...

nape ni...teringat sesuatu ke? mudah2han ati awak akan tenang..:)

iMBobo said...

zikir juga pengubat hati :)