Saturday, August 27, 2011

aku bukan ANDALUSIA!!!

dah lama dah cari sajak nih sebenarnya... baru terjumpa... suka penghayatan bait-bait kata dia.. sebenarnya sajak ni dalam carekarama yang Erma Fatima arahkan tajuknya aku bukan andalusia.. tau tak??? andalusia nih ada 2makna...
pertama= anak dara lanjut usia...(gurau aja)
kedua= nama tempat atau sebuah kota yang akhirnya sepi begitu sahaja.. walau tika dulu, kota ini sangat gah dengan kehebatannya... 

ok.. aku memang tertarik dengan puitisnya kata2 dalam sajak nih.. sememangnya jiwa aku dari dulu adalah minat berpuisi.. zaman sekolah orang suka suh aku buat ayat jiwa2.. hehhe... aku cuma keluarkan kata2 dari jiwa..:) so bila dengar sajak best2..memang la cepat aku jatuh cinta..:) ok.. aku jumpa sajak nih dalam blog INI..
so aku copy saja la..:) harap tuan blog x marah..:)

Aku bukan Andalusia
Yang masyur pada namanya
Yang hebat pada sejarahnya
Yang indah pada kisahnya
Namun yang tinggal kini hanya sisa

Aku bukan Andalusia
Yang bisa dirobek kotanya
Yang rela diperkosa jiwanya
Yang diam menerima takdirnya
Dan akhirnya hancur dimamah usia

Aku mahu jadi bintang yang bersinar terang
Walau beribu batu jauhnya
Walau beribu tahun wujudnya
Walau ada beribu lagi bintang disisinya

Namun akulah bintang yang paling bertuah
Kerana sinarku, wujudku dan hidupku
Adalah dari cahaya hatimu

Terimalah aku selamanya
Kerana aku bukan Andalusia

p/s::: selamanya aku bukan jua ANDALUSIA, kerna aku punya jiwa dan hati yang bisa dimiliki dan terus dihargai.. walau dimana jua rasa hati itu bertaut.. aku bukanlah seorang yang sepi yang hanya mampu gah sekadar pada cerita lama..:)

2 comments:

- abdul hadi abdul muti - said...

yang ni, anak dara lanjut usia ke, andalusia yang sepanyol tu? huhu

Anonymous said...

wa..nice.. :D