walau hati dah berdetik marah.. melarang sumpah.. membakar resah... tapi jika diri masih buat x endah... tiada gunanya... walau berkali2 amaran keras hati berbunyi air mata mengalir ke pipi... kedegilan juga yang selalu menang... memang payah untuk mata terlelap... bila yang pahit telah terundang... bila yang bodoh telah terpandang...ingin sahaja aku membuang jauh-jauh memori perkenalan... memang dayus aku kategorikan... melayu x patut menghancurkan melayu apatah lagi islam x patut memalukan islam... tapi manusia itu sering lupa... mereka islam hanya pada nama.. melayu masih di takuk purba...
diri.. jika kau masih berdegil mengendahkan rasa hati.. maka matilah jiwa kau.. hilang lah maruah kau... maka hiduplah kau dalam api kekecewaan selama-lamanya... set lah dipemikiran kau diri... hati itu murni... apa yang dikata selalunya terbukti... benar belaka... jangan lagi lah kau berdegil diri... walau seberat mana pon batu di atas kepala mu.. kasihanilah hati yang selalu dilukai... sembuhkanlah ia kembali... kau kecewa kerana cinta..kau kecewa kerana manusia..dan kau kecewa kerana arjuna... jangan kau berdegil lagi... jangan kau buat ayat2 yang kau sendiri tak mengerti..yang kau sendiri melanggar janji.. malam nih kau menitiskan airmata.. menangis merintih simpati Ilahi... namun kau masih mungkiri...
matikah kau tanpa lelaki diri??? kau hanya tahu detik2 ketawa yang menyeronokkan.. detik2 bersama yang membahagiakan.. dan kata2 pujangga yang mensyahdukan.. tapi kau lupa sama sekali hati kau selalu dan akan dipermainkan... jangan bermain dengan api wahai diri... amaran keras dari hati...kelak kau yang akan meratapi... kelak kau yang akan menangis menginsafi...
diri.. hati memohon... jangan degil dan melakukan kesalahan lagi... mereka hanya mempergunakan kau sebagai wanita.. mempergunakan kau sebagai hiasan dunia.. mempergunakan kau sebagai pencuci mata..dan mempergunakan kau sebagai penurun nafsu buaya... sedarlah diri... jangan jatuh kali kedua...
3 comments:
Susun kata ayat dan penggunaan kata kat entry ni buatkan ZWAN tabik spring sama kamu.. Zwan stuju sama kamuu bahawa kini ramai orang islam hanya pada nama.. jadi x heranlah klaw depa dengki dan nak jatuhkan sesama islam.. HUHU
MySuaraBlog: Blog Pilihan : Edy Fee
setiap org lain fhaman nya.. mgkin kita masih tdk kenal dan tahu apa yg ptut dibuat dkm khidupan...
apa yg pntg.. kuatkan iman.
hi, slm kenal..bahasa yg puitis, macam dlm novel..mmg blh menjiwai tulisan nilam..hehe.. im polo u..
Post a Comment