Sunday, July 3, 2011

BILA PINTU HATI TERTUTUP


Hati ini sebenarnya dah penat berfikir... dah penat meneroka... dah penat mencari cinta... desprate ke??? X la.... Cuma terpengaruh dengan kisah cinta... Cuma percaya... cinta tu ada untuk setiap manusia... dan yang paling utama selalu terleka tentang cinta padaNya... hurm~~~
Semoga aku akan kuatkan jiwa mencari cinta Yang Sempurna.... bukan dari manusia...

Dengan ini aku ingin menutup hati ini dari cinta dunia... cinta si jejaka... aku dah penat.. jika benar antara kami punya cinta.. hanya Dia Yang Maha Sempurna saja menentukannnya... biar la semuanya terjadi dengan takdir dariNya... bukan pengaruh nafsu... bukan pada rupa... bukan untuk harta dan bukan jua kerana usia... biarlah untuk Yang Esa...

Aku bertekad bukan kerana sudah sering terluka... tapi kerana hati ini sudah cukup terdera... sudah banyak dosa.. dan sangat2 memohon perlindungan dariNya...

Ya Allah... jika benar ada jodoh yang terbaik buat ku dalam ilmu Mu, temukanlah kami dalam keadaan diredhai Mu... janganlah kau berpalingkan hati ku untuk cinta pada yang salah... cinta kerana nafsu, cinta kerna dunia... sesungguhnya telah banyak dosa yang aku lakukan... bantulah hamba Mu ini Ya Allah... sesungguhnya akulah hamba yang hina dan sering alpa... Ya Allah.. Engkau lah Tuhan sekalian alam... mencipta langit dan bumi.. yang mencipta Adam dan Hawa... dan mencipta setiap wanita untuk seorang suami... hanya kepada Kaulah aku berserah segla-galanya.... jauhkanlah aku dari dia yang jauh dari keredhaan Mu... yang bukan jodoh Terbaik untuk ku pada pengetahuan Mu.. tapi jika sebaliknya... hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui... Aminn..."

5 comments:

Niena Muhammad said...

buka cintamu hnya buat Allah.. maka Allah akan mmbuka pintu hatimu utk lelaki yg dipilihnya :D

Unknown said...

cinta pada kumbang, ia akan lari...
cinta pada bunga, ia akan layu...
cinta pada Allah. kekal hakiki...

Nasz said...

sabar. Allah dah tentukan jodoh kita. masa je menentukannya.

MOHD NASER.com

Nilam suhana said...

thanks semua...

Unknown said...

insyaAllah pasti ada yg istimewa buat org2 sabar..