Tuesday, June 7, 2011

SIAPA MULIA...SIAPA HINA


Ada satu kisah seorang pemuda yang menuntut ilmu dengan seorang Tok Guru. Bertahun-tahun dia mendalami ilmu sehingga sampai pada peringkat terakhir, dia mengadap Tok Gurunya untuk peringkat terakhir tersebut.
“ kau telah menempuh semua tahap pelajran dan tinggal satu ujian saja lagi. Kalau kamu boleh menjawabnya beerti kamu lulus,” kata Tok Guru.
“ baik Tok, apa soalannya?”
“ kamu pergi cari orang atau makhluk yang lebih rendah tahapnya daripada kamu. Tok beri kamu tempoh tiga hari untuk mencarinya.”
Setelah itu pemuda tersebut pun meninggalkan pondok untuk melaksanakan tugas dan mencari jawapan atas pertanyaan gurunya.
Hari pertama, pemuda itu bertemu dengan seorang pemabuk yang boleh dikatakan hampir tiap hari mabuk-mabukan. Pemuda itu berkata dalam hatinya, “ hmmm... inilah orang yang lebih rendah martabatnya daripada aku. Aku telah beribadah puluhan tahun sedangkan dia terus mabuk-mabukan.”
Tetapi, sampai sahaja dia dirumah, timbul pertanyaan di dalam fikirannya, “ belum tentu, sekarang orang itu mabuk-mabukkan, tapi siapa tahu pada akhir hayatnya Allah S.W.T memberi petunjuk. Manakala aku yang sekarang baik banyak beribadah tetapi pada akhir hayat nanti tidak seperti ini. bermakna dia belum tentu lebih hina daripada aku.”
Hari kedua, pemuda itu keluar rumah lagi dan bertemu dengan seekor anjing yang sangat menjijikkan. Bulunya kusut dan tubuhnya penuh dengan kudis.... pemuda itu berfikir di dalam hati, “Anjing ini haram, menjijikkan dan penuh kudis...maknanya ia lebih hina daripada aku.”
Pemuda ini berasa amat gembira kerana telah dapat jawapan atas pertanyaan gurunya. Sebaik selesai solat Isyak dan ketika merebahkan tubuh untuk tidur pemuda itu tiba-tiba terfikir, “ Anjing itu kalau mati habislah halnya. Ia tidak diminta atau ditanya tentang tanggungjawab atas perbuatannya oleh Allah, sedangkan aku akan diminta dan ditanya akan tanggungjawab yang sangat berat yang kalau aku berbuat banyak dosa akan masuk neraka kelak. Hmm... maknanya keadaan aku tidak lebih baik dari anjing itu.”
Hari ketiga di mana akhirnya pemuda itu menghadap Tok Gurunya.
“sudah dapat jawapannya?” tanya gurunya.
“sudah Tok,” jawab pemuda itu. “ Ternyata orang yang paling rendah adalah saya.”
Mendengar jawapan pemuda itu gurunya tersenyum, “Kamu lulus.”

P/S:::: selalulah berprasangka baik dengan sesama manusia...kita belum tahu lagi bagaimana kesudahan hidup kita. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui....

1 comment:

Bunga said...

betull..bunga suka entri ni..

selalulah berprasangka baik dengan sesama manusia...kita belum tahu lagi bagaimana kesudahan hidup kita. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.... (suka ayat nI)