Tuesday, February 15, 2011

kederhakaan ibu bapa



Setiap dugaan yang dilalui mempunyai hikmah dan rahsia Allah yang tersendiri. Seringkali ibu bapa mengatakan anak mereka derhaka. Namun mereka lupa ibu bapa juga ada istilah derhaka. 
         Terdapat satu kisah dizaman sahabat Rasulullah mengenai kederhakaan ibu bapa:
"Seorang ayah datang kepada Umar Bin Khattab R.A., untuk mengadu tentang anaknya. Khalifah Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya. Beliau mengingatkannya bahawa anak wajib taat terhadap orang tuanya serta tidak mengabaikan hak-haknya. Lalu anak itu menjawab: “ Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak mempunyai hak terhadap orang tuanya?”“sudah tentu,” jawab Umar R.A.“Apakah hak tersebut, wahai Amirul Mukminin?”“Bahawa bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanyaserta mengajarkan Al Quran kepadanya,” jawab Umar R.A.“ wahai Amirul mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku adalah seorang majusi(penyembah api). Dia memberikan namaku Ju’al (yang beerti kotoran kumbang) dan tidak mengajar kepadaku satu pun ayat Al Quran.” Kemudian Umar R.A. menoleh ke arah bapa anak tersebut dan berkata: “ Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, padahal engkau terlebih dahulu gagal melaksanakan tugas-tugasmu kepadanya. Engkau telah melakukan kesalahan kepadanya sebelum ia melakukan kesalahan kepadamu.” 
    Merujuk kisah ini terbuktilah ibu bapa juga harus menyediakan segala keperluan dan hak-hak anak sebelum seorang memberi kembali hak-hak ibu bapa.    

No comments: