Monday, September 10, 2012

PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG MAHASISWA

Assalammualaikum

tadi saya baru buka blog dan baca komen seorang sahabat... mungkin beliau sedang menyambungkan master dalam pendidikan awal kanak-kanak... tapi x apalah... saya cuma berkongsi sesuatu yang sangat subjektif dan sesuai untuk siapa saja...

seorang mahasiswa adalah seorang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat IPTA/S... x kira la diperingkat apapun asalkan dia seorng mahasiswa selamat meneruskan perjalnan anda... selamat ke dewan kuliah, dan selamat menyelesaikan segala tugasan dari para pensyarah...

pendidikan awal kanak-kanak...
apa yang seorang siswazah di dalam bidang ini perlu siap sedia???
pendidikan awal kanak-kanak bukanlah satu bidang yang amat kritikal yang killing atau apa2 sahaja istilah bagi bidang yang susah... pendidikan awal kanak-kanak adalah satu bidang yang menyeronokan... bersedialah untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang hayat anda... bidang ini merupakan bidang mengenai diri kita sendiri...
kita suka orang puji dan beri peneguhan positif pada kita... kita takut bila dikritik atau dimarah...
ada satu masa kita mempunyai perasaan bersalah bila dimarah dihadapan orang ramai...
sama lah jiwa kita dengan kanak-kanak... bezanya tanggungjawab dan cara peneguhan kita berbeza.. kita memerlukan wang, pangkat dan adakala kita perlukan imbuhan gaji untuk kerajinan kita sedangkan kanak-kanak hanya sebiji gula2... kita malu dimarah oleh pengarah atau bos di  tempat keja, tapi kanak-kanak malu bila dimarah oleh ibu,bapa atau saudara yang dewasa... putaran hidup itu sama...

jadi bersedialah untuk kita mempelajari lumrah hidup kita, bersedialah menjadi seorang insan yang terbuka memasukkan dunia kanak-kanak itu kedalam jiwanya semula...

kanak-kanak tak perlu dipukul atau diherdik, mereka hanya perlu dibelai dan beri kasih sayang dan pengertian.. kerana tercoraknya mereka dari gaya asuhan kita...

kepada sahabat yang akan meneruskan perjuangan di dalam bidang ini, ayuh lah kita buka minda masyarakat dan minda kita bahawa pentingnya awalkanak-kanak dan seronoknya menyelami ke dunia mereka... kita juga pernah melaluinya satu tika dahulu...

semoga entry nih dapat membantu mereka yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang nih...
:)
sekian terima kasih... thanks for reading...:)

4 comments:

Dylla Abas said...

lama x baca entri dia ek..hmm, well..akk x ambil pendidikan kanak2...tp info ni mmg sgt b'guna utk semua :)

kurus said...

salam dik

terima kasih sudi drop by blog herbalife akk ..

tentang pertanyaan itu ..boleh email akk untuk pertanyaan lanjut ..

ieda0106@yahoo.com

Zul fattah said...

yg penting.. kena sabar dgan karenah kanak2..

aindzaya said...

nanti kalau keje..keje dgn tadika la kan..weee~ mesti seronok dapat ngadap keletah budak2 kecik yg comell ^^


Ain Dzaya:Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥