Part4:::
SEORANG WANITA ITU
Sebenarnya entri2 sebelum nih saya Cuma meluahkan rasa hati
saya sahaja. Apa yang saya lihat dan apa yang saya fikir. Kadang bila kita mula
berfikir sesuatu yang sangat mudah kita akan terlihat dalam pelbagai dimensi..
dan sesuatu yang sangat susah..kita akan lihat dalam pelbagai sudut yang
mudah...jadi berfikir dan berkongsi itu bagus...
Seorang wanita itu sebenarnya sangat luhur.. lembut dan penyayang.. sama seperti kejadiannya yang indah...
Kalo wanita itu menunjuk sikapnya yang teruk ... itu
hanyalah apa yang dia pamerkan.. tapi yang disembunyi??? Belum pasti.. begitu
juga wanita yang sangat baik... apa yang di pamerkan wanita kadang2 tidak sama
apa yang diterbitkan di hati...
Kadang jawapan ya dari mereka adalah tidak.. dan sebaliknya...
Sebagai wanita mereka suka kelihatan cantik... hurm.. sama
seperti hawa yang terpedaya untuk kecantikan... inilah lumrah... wanita memang
ingin cantik... tapi bagaimana tafsiran mereka tentang kecantikan???
Hurm.. di sinilah timbul soalan pemakaian..
Kalo make up tebal dan baju seksi itu cantik
Kalo baju glitter dan tudung belit2 itu cantik
Kalo pergi spa... buat salon... itu cantik
Kalo bertudung labuh itu juga cantik
Macam2 tafsiran cantik...
Tapi kadang mereka lupa... akhlak juga sejenis kecantikan... ilmu juga sebuah kecantikan... maruah adalah kecantikan teragung..
Hurm.. macam x layak untuk aku berbicara tentang cantik
maruah... kadang2 kita memikirkan kita sudah bagus.. tapi dari pandangan orang
kitalah manusia paling teruk.. jadi sebab itulah tegur menegur dan nasihat
menasihati tu penting...
Wahai kaum adam... kalau sedang memiliki hati seorang wanita..lindungilah hati itu dari segala yang mencemar maruahnya...
Jangan lah percaya segala apa yang ditutur oleh mulutnya...
tapi bacalah apa yang dikatakan oleh mata dan hatinya...
Lindungilah maruah dan peribadinya... janganlah eksploitasi
fitrah kejadian dia sebagai seorang wanita...
Jika dia sedang melakukan kesalahan bertindaklah untuk dia
berubah... secara perbuatan, lisan dan jika gagal.. berdoa la...
Dan apa yang penting jika si adam itu belum menjadi
muhrimnya.. nikahi lah dia agar sah segala perhubungan dan pertalian..
Itulah cara terbaik untuk kaum adam melindungi hawa...
p/s::: secara penulisan memang senang diluahkan.. namun
secara realiti ia sangat mencabar..dan kaum adam juga tak dapat menghalang
kelemahan diri mereka... bagaimana nak melindungi jika diri mereka pon belum
terlindung...
hurm.. hanya sedikit pandangan dan jika salah tolong la
tegur...
No comments:
Post a Comment