Sunday, February 15, 2015

3 Perkara untuk Bahagia



sudah lama blog ini diusangkan... tidak dititip apa2 di dalamnya. hurm... perubahan fasa kehidupan ini mengajarku betapa hidup ini perlu dilalui dengan tabah. adakala kita perlu menjadi lebih kuat dari apa yang kita sangka, sebab Dia sahaja tahu betapa kuatnya kita untuk melalui dugaan dan rintangan yang Dia aturkan..

dalam kehidupan ini kita perlu ada 3 perkara untuk bahagia,

  1. kita perlu ada rasa syukur dengan apa Allah kurniakan untuk kita.
  2. kita perlu selalu meletakkan harap hanya pada Allah.
  3. kita perlu berprasangka baik dengan takdir Allah... kunci dalam hati kita mengnai kehebatan dan kekuasaanNya.
sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad Rasulullah... buat kita belajar dan mengikut sunnahnya... betapa Allah mengasihi Rasulullah... tetapi pelbagai dugaan yang telah dilalui baginda... Allah maha besar lagi maha berkuasa... tiadalah daya kita melainkan hambaNya...

istikharah lah untuk mencari jawapan... tidaklah istikharah itu kita buat dan menunggu jawapan. sebenar-benarnya kita membuat isthikarah dan mengharap Allah membantu kita membuat pilihan yang terbaik... kita perlu yakin dan meletakkan jawapan adalah titip dan anugerah dari Allah... jika setelah ia berlaku maka pilihan itu salah, kita perlu kuat yang Allah titipkan kesalahan itu kerana kasih sayang Nya kepada kita... ada sesuatu Dia simpan buat kita. jadi x perlu kita merasa gagal melainkan syukur dengan setiap nafas yangAllah pinjamkan buat kita...

kehidupan ini sangat misteri dan pengkhirannya pasti... :)

Sunday, November 16, 2014

Fasa kehidupan... Rancangan Allah yang terbaik.



fasa-fasa kehidupan yang adakala umpama berterbangan tanpa manfaatnya. hari ke hari kita makin berusia... kita makin berumur dan kita makin tukar zaman keremajaan...
dalam meniti fasa-fasa kedewasaan ini aku makin tertekan...
dalam meniti kisah ramai insan lain tentang kebahagian dan keluarga...
sering juga terfikir bila destinasi ini akan berlabuh... tapi tiada jawapan... lalu aku hanya percaya kepada rancangan Allah...

sepanjang kehidupan ini, banyak perkara yang telah dilalui dan nikmat yang paling terbaik yang aku miliki adalah dari kesabaran... dan mungkin jika bersabar dengan hal-hal sebegini juga akan membuat aku menikmati perkara yang terindah itu... siapa tahukan??? semuanya dalam perancangan Allah...

maka kini kaki ini melangkah... melangkah untuk memasuki era 30... siri-siri usia yang perlu matang dan bijak mengukur kehidupan... makin dewasa dengan komitmen dan tanggungjawab...
semoga aku kuat dan ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran kepada hambaMu ini...
amin~~~

Saturday, July 5, 2014

Nikmat Yang Perlu Disyukuri


kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini sakit dan perit,
terdetik dihati,
mengapa aku terus dizalimi di dunia ini,
namun ketika hati kita terdetik begitu,
kita sebenarnya terlupa kepada berjuta nikmat yang Allah berikan...
selalunya hati manusia ini kejam...
kepahitan itu bisa membunuh kebahagiaan seumur hidupnya...

fokus-fokus-fokus

kalau pemikiran manusia hanya menumpu kepada kepahitan, maka matilah segala kebahagiaan. kalau hati manusia itu sentiasa menumpukan pada keindahan apa yang telah dikurniakan, maka lebih bermakna lah hidupnya.
persis hidup aku ini. ketika aku sedang berduka, aku tertekan, aku merana. namun aku perlu kuat dan tabah.
nikmat Allah kepada ku melimpah ruah. hanya aku yang perlu menjaga hati ini. selalulah bersangka baik dengan Tuhan maha Pencipta. sungguh Dia sangat sayangkan hamba-hambaNya. mana mungkin Dia memberi kepada ku kedukaan kerana benci, Dia beri untuk aku sabar, tabah dan kuat.

ingat Allah ketika duka, maka disetiap kali aku berduka aku yakin Tuhan ku merinduiku... Aku perlu memohon padaNya. sesungguhnya dialah Tuhan  yang Maha Pengasih dan Penyayang.

ingat Allah ketika suka... seperti perlu aku bertanya...
manusia ini pelupa... ingatkah aku padaNya ketika bahagia???
Astagfirullah ala'zim...


Friday, July 4, 2014

JOM KENAL BLOGGER SAMBIL BLOGWALKING


segmen kedua yang saya nak masuk sempena waktu lapang nih...



klik untuk join

Nama Famous
istana Biru / Permata Biru
Status
Single
Warna dan makanan kegemaran
warna biru
mengikut selera ketika hendak makan

Tempat belajar/kerja
belajar di Tanjung Malim
bekerja di Kepong

twitter (kalau ada) tak nak letak pun tak mengapa
@permatabiru87
wechat (kalau ada) tak nak letak pun tak mengapa
istana biru
hobi
masa lapang akan diisi dengan perkara-perkara yang sangat ingin dilakukan ketika itu. mengikut mood pada hari berkenaan.
Cerita tentang apa-apa pasal diri anda.
(panjang ayat tidak boleh kurang 15 perkataan, lebih tak apa. Nak buat satu karangan panjang pun boleyyy.)
apa sahaja yang boleh seseorang itu bercerita tentang dirinya. adakala cerita itu benar. adakala ceritanya hanyalah rekaan. 

bagi aku, 
aku adalah hamba lemah,
tiada berdaya.
melalui kehidupan dengan rasa yang pelbagai,
menumpang kasih Pencipta,
menongkah arus dunia,
mencari bekalan,
untuk ku bawa ke masa depan ke dunia yang abadi,
persada untuk bersemadi.