Tuesday, August 23, 2011

IKHLAS tu apa???

korang tahu tak apa ertinya ikhlas???
ikhlas itu besar ertinya... kenapa??? sebab bukan semua orang boleh ikhlas. tak semua orang akan ikhlas, dan sangat perit untuk orang mencari keikhlasan... di mana ukuran ikhlas itu??? ada.. ikhlas itu ada jauh disudut hati... kunci keikhlasan itu adalah hati, dan keikhlasan itu adalah kunci bagi segala pekerjaan yang kita lakukan...

aku sendiri cuba belajar erti ikhlas... tapi kadang2 semua itu membatas... bagi menguji keikhlasan itu, cukuplah korang bagi apa2 saja barang kesayangan korang kat adik ke, kakak ke, tak pon kawan korang ke.. dan korang tunggu.. jika hati korang terdetik kekesalan.. disitulah tiada keikhlasan... huhu..aku selalu jadi macam tu.. payah oooo.. nak ada keikhlasan...

lama2 aku belajar.. ikhlas itu tinggi nilaian dia tau... bila aku bagi sesuatu pada orang, aku terlebih dahulu set jangan harapkan terima kasih... terima kasih tu senangkan nak sebut??? tapi x semua orang pandai sebut... so aku nak hati aku ikhlas dan buang sikap menyesal atau mengungkit.. manusia tak tau.. Allah tau.. 

lecturer aku pon selalu nasihatkan aku suh ikhlas..jangan buat kalau nak markah tinggi.. awak buat sebab awak ikhlas nak orang belajar dari lakonan awak... jadi memanglah aku pon lakukan bukan untuk markah.. habuannya?? bila ikhlas insyaAllah segala yang terbaik... aku bukan nak jadi pelakon terbaik, tapi aku ikhlas melakukannya untuk produksi, pengarah dan pelakon2 lain.. untuk pensyarah dan sebenarnya aku lakukan itu dengan niat untuk belajar biarlah Allah yang lebih mengetahui..:) 

tahu tak apa cinta yang paling luhur??? itulah cinta hanya kerana Allah... kita lakukan tanpa sebarang tujuan..hanya kerana Allah..bukan untuk syurga, bukan untuk pahala.. itulah ikhlas.. so, jom..sama2 kita mencari keikhlasa di hari2 terakhir Ramadhan nih..:)

9 comments:

sayA tonaH said...

ikhlas tu datangnye dari hati~

kenkadang diri sendiri tak pasti ikhlas ke tak~

musykil tapi ikhlas hanya Allah yang Maha Menhetahui~

biela bell said...

kdg2 kita susah nak ikhlas.Org xnmpak kita nie ikhlas ke tak..tapi bila kita ikhlas,kita akan rasa senang dlm hati.. :)

Dylla Abas said...

betul tu cik puteri,mmg bukan senang nak jadi ikhlas apatah lagi nak m'cari keikhlasan.kita sama2 belajar,cuba dan cari keikhlasan tu ya :)

Rean said...

ikhlas besar ganjaranya disisi tuhan kan? ramadhan tinggal beberapa hari je lagi ni huhu

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Ikhlas ada pada setiap manusia sejak lahir lagi..tuhan adil ngan umatnya setia insan didunia siap dibekalkan dgn ikhlas sekali,cuma kita manusia tak tahu nak guna keikhlasan pada diri kita..kalau nak cari keikhlasan diri sendiri sujud balik pada yg esa.

ZWAN SABRI said...

ikhlas ni bg zwan, kalau kita buat menda tu, kita tak rasa nak ungkit atau menyesal.. tp slalunya mmg payahla kan kalau buat keja dengan ikhlas.. HUHU


MySuaraBlog: Contest Aku Berpuisi : 31 Ogos Datang Lagi

Unknown said...

ikhlas... dlm ape jua perbuatan kita tidak minta utk dibalas.. malah setiap perbuatan baik yg kita lakukan tidak kita sebut2..

Zul fattah said...

Ooo.. ikhlas eh..? awak ikhlas ke kawan dgan saya?
huhu.. saya ikhlas dalam berblogging.. huhu.. ikhlas dlam mencari sahabt..

Nilam suhana said...

zul::: hahahah... insyaAllah saya ikhlas..:)