Wednesday, October 10, 2012

manusia asalnya dari tanah

Assalammualaikum

gembira atau tidak, seorang wanita itu harus percaya, harus yakin dan faham bahawa dia telah ditemani oleh seorang Adam di dunia... dia harus terus berjalan dan melangkah dengan baik sebelum dipimpin oleh penemannya yang sejati... maka berpeganglah pada janji Allah dan agama Nya... bahawa manusia itu telah diciptakan berpasang-pasangan... Hawa itu dari rusuk kiri Adam...
maka ditempatkannya disitu untuk menjaga hati... janganlah dikasari kerana wanita itu adalah mereka yang keras, tapi lembut hakikatnya...

mukadimah yang tiada kaitan... sekadar satu perkongsian.. dan ingatan buat diri ini... dah lama aku x aktif berblogging... ingat lagi masa cuti semester lepas, blog adalah sesuatu yang wajib bagi aku hari2... melawat blogger2 lain juga satu kewajipan... satu hari, aku kan join satu segmen paling sikit, n aku akan melawat 20 blog paling sikit... dan masa tu memang dah addict gila...
hahahhaha... smiling with big laugh...

tapi sekarang aku agak membolayankan blog nih... sebab aku sangat2 busy... sibuk dengan hal2 dunia yang sering merugikan aku... lalu aku membuat sedikit kebaikan dengan hal2 akhirat, yang tak perlukan aku huraikan kerana takut jadinya riak yang sangat2 aku nak hindarkan dari terjebak...

hurmmmm 
RIAK/TAKBUR/BANGGA DIRI
kadangkala kita nak menghindari dari rasa nih semuakan??? dan kalau boleh x mau orang anggap kita begitu... tapi  kadangkala kita terlepas kata dan jadilah insan yang riak dan takbur... hurm... sangat2 berharap lidah ini berjaga2 dalam berkata... 

dalam dunia nih kita bukan yang terbaik, kita bukan yang terhebat apatah lagi ter'perfect'... tapi kita hanya seorang hamba yang kerdil yang menumpang dibumi yang luas, yang meminjam ilmu cetek dan yang berkongsi udara untuk bernyawa... apala yang mampu sangat kita lakukan, melainkan menyempuranakan diri sebagai hamba Pencipta... Allah Maha Berkuasa....
hurm... salam ukhuwah sahabat...

1 comment:

Vidic said...

jarang update blog !! ni mesti sibuk melampau..